22.6.14

UNITI

Assalamualaikum..

Wahhh ! hampir dua bulan Dayah tak blogging kan? k. Kiter mintak maaf k?

Hari ni, Dayah nak cerita pasal apa lagi? pasal UNITI lah ! haha

Banyak dan macam-macam yang Dayah lalui kat sana. Tak sangka, masuk hari ni, Dayah dah belajar kat sana selama 2 bulan 14 hari..heehehe..tak sangka..sungguh ku tak sangka..:) Buat pengetahuan korang semua, masuk hari ni, Dayah berada kat rumah selama seminggu ! ( Amboi, dah nak habis seminggu baru nak blogging yerk ! ) huhu.. okay, kiter salah !

Cuti macam mana sekalioun, assignment tetap ada dowhh ! haha penat nak menaip setiap malam. Lagi beberapa hari lagi seluruh umat Islam nak menyambut Ramadhan..haha..first day, sambut pulak kat UNITI..huhu..masaklah kau, Dayah ! haha.. tak sabar sebenarnya. Dayah rasa, Dayah lagi suka duduk kolej sana berbanding dengan Munshi..Adoi, TERlupa daratan pulak yerk ..hehehe..tapi memang serius, Dayah tak tipu. Cuma, memandangkan pembelajaran Dayah tak dapat mana2 tajaan, so duit poket of course lah ayah yang bagi. Hmm..apa lagi? makanan bercatulah nampaknya..tak pe, tak kisah..boleh kurus..hahaha..

Kalau dulu, kat Munshi, kita tak bergaul sangat dengan students lelaki kan? sekarang?? hohoho..kejutan budaya kau, nyah ! salah satu peraturan dia, kita kena masuk ke dalam rumah sebelum pukul 11 malam..korang bayangkan, kalau kita tak ada kelas satu hari tu, agak-agak korang lah kan, apa korang nak buat? haha..apa lagi? keluar lah ! Buat masa ni, selalu jugaklah kitaorang keluar pergi bandar sana. saje nak merendek ! mandi pantai sama2, makan KFC, MacD..eh, macam2 lah yang kitaorang buat sama2..kitaorang satu rumah lah ! Kalau malas nak pergi sana naik bas, sewa kereta pensyarah lah ! Time ni lah aku nak cium2 jer pensyarah tu. Tapi, bila diaorang bagi assignment, rasa nak tumbuk2 muka diaorang pulak.. hahaha..

Eh, masa tak mengizinkan kita lah ! nanti kita cerita balik yerkkk..!  adiooosss !!

Love you..*tutup muka*

1.4.14

Packing barang ^-^

Asslamualaikum..

Hola !!!

     Hari ni penat giler..ibu kejut pukul 6 lebih. Ehem..aku reti bangun sendiri k. Bangun jer, aku naik rumah atas. Tak syok ar mandi kat rumah bawah. (alasan jer tu..). Yang sebenarnya, aku naik rumah atas sebab aku nak sambung tidur..huhu tapi, sekejap jer..lepas tu, lepas settlekan semua benda like mandi, basuh baju and apa2 ajalah..ibu panggil suruh siap. Katanya nak keluar cari barang tak? hehheh..of course ! aku on jer..mase ni lah nak kempiskan purse ibu aku..huhu..

    Kitaorang keluar dalam pukul 9..first sekali kitaorang redah bank dulu. Bukan nak keluarkan duit tapi, aku yang nak buat akaun. Nak bukak akaun Bank Muamalat, nak bukak akaun SSPN lagi. Adoi, hampir 3 bank kitaorang redah korang tahu. Akaun bank muamalat aku dah dapat bukak. Yang aku geramnya, akaun SSPN..hmm.. try tanya Maybank, diorang kata offline. Tanya CimbBank, boleh buat tapi makan masa sebulan. Adoi, aku nak masuk kolej lebih kurang seminggu. Tanya BSN, boleh buat tapi, borang pulak dah habis. haishh, macam2 hal ! Ibu amik keputusan, akaun SSPN tu, biar ayah yang bawak aku pergi UTC..

      Lupakan pasal akaun tu, kitaorang cari pulak barang2 keperluan aku. Mula2 sekali, singgah TESCO. Alhamdulillah, adalah jugak barang yang aku nak. Seluar trak yang aku nak pulak tak ada, kita round lah kat kedai sekeliling. Tapi, kedai tu semua jual baju muslimah. Tak nak mengalah ni, kitaorang pergi KAMDA. Alamak, seluar yang aku nak tak ada lagi.. Hish, malang betul nasib aku hari ni. Ibu kata, kita beli jer mana yang dapat. Balance, kita suruh ayah yang cari. kan senang? Ha'ah, senangnya ibu merancang ! Nak tak nak, aku ikut jer. Lagipun aku dah penat. Ibu bukannya nak berhenti minum ke apa, straight jer..hmm..sabarlah hati. Sempatlah jugak ibu belikan pendrive. Pendrive yang lama tu entah manalah adik aku humban gaknya.

     Balik jer rumah, aku dah kebulur ni. aku tanya lah ibu. "ibu masak apa hari ni?". ibu jawab, "Ibu mana ada masak !" pergh, berdentum aku rasa dalam kepala aku ni. Tidak ! ibu, kakak laparrrr ! ibu hanya kata, "Makan jer apa yang ada"..adoiyaii..tak pe..aku ikutkan ajer..aku masuk bilik, aku start punggah semua barang..yippi..packing lah apa lagi? excited taw..aku puas hati giler tengok barang2 aku ni walaupun ada yang belum lengkap. Yang aku tengah pening ni, mana aku nak laptop? adoi, tadi jumpa kedai tuh, tapi duit ibu pulak dah pokai..ibu kata, tunggu ayah..okay ibu, patik menurut perintah. Buat masa ni, ada lagi baju kurung aku yang belum packing. Tak pe, ada seminggu lagi..huhu

P/S: Terima kasih ibu sebab belanja makan. Mesti ibu kesian sangat sebab tengok anak sulung dia dah macam zombi tak makan setahun..huhu.

   

31.3.14

Diploma?

Assalamualaikum..

Wah..pagi2 lagi aku dah mengadap lappy kan? molek sungguh perangai Nur Hidayah ni..
Hari ni aku nak share dengan korang pasal sambung belajar.
       Alhamdulillah, ada jugak yang nak terima aku ni..dah lah keputusan macam tu, ada hati nak sambung belajar.huhu. Secara rasminya saya mengumumkan saya akan buat Diploma Pengurusan Halal bermula 8/4/2014 di Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI). Ramai yang tanya, "kenapa awal sangat, Dayah?" hah, mai sini aku jawab. Dah kata UNITI ni IPTS. Memanglah masuknya pun suka hati. Tak semestinya, masuk UNITI ni terus belajar. Ada orentasi dulu..bila dah cukup satu kelas, baru boleh mula kelas. Aku masuk awal sebab aku memang nak masuk intake yang pertama. Kawan ibu aku sendiri cakap, ramai budak course aku, nak2 lak daripada Kelantan turun Melaka yang masuk intake pertama. So, daripada situ, aku tahulah tak adalah lama sangat orentasi nanti sebab budak course aku ramai, cepatlah kelas start ! :)

     Perasaan? Gembira..sebab aku still boleh belajar lagi ! bila duduk rumah lama sangat, baru teringat nikmat belajar sebenarnya. Mungkin adik2 tak percaya apa yang akak cakap ni tapi, memang tu lah yang jadi sekarang. Yang tak percayanya, aku masuk ASRAMA balik! tiga tahun kot. Tapi, aku tahu, asrama kolej dengan asrama sekolah lain. Hmm..apa yang lainnya, nanti aku cerita. Kena tunggu aku masuk sanalah. Yang pasti aku akan selalu update blog ! sana ada wifi.. huhu..Dayah..Dayah.

      Baju tak packing lagi..hmm..siapa lah yang tak kenal Nur Hidayah. Suka sangat tangguhkan kerja. Bila kena marah, mulalah nak muncung sana sini..mogok seminggu.. adoiyai..Hari ni hari Isnin. Minggu ni lastlah aku kat rumah. Hmm..tak pe..cepat aku masuk, cepatlah aku habis.. Betul tak?

P/S: Aku ingat aku nak ubah kata ganti  nama diri lah pulak. Asyik 'aku' jer..bosan  ! Lepas ni, 'Dayah' lah pulak..baru ayu...haha..LOL. Berkuatkuasa pada hari pertama aku di kolej..ececehhhh..s

26.3.14

SPM?? Just forget about it !

Assalamualaikum..

Lama sangat ke aku menghilang? haha.. sorry..sengaja..
Sebenarnya, aku betul2 tak ada mood nak update blog. SPM? alamak, ni yang aku malas sangat nak cerita..tapi, bila fikir2 balik, masa nilah aku nak luah rasa..kan kan kan?

Pagi..bangun tidur memang tak ada perasaan. Boleh online pulak tu..adoiii, dayah ..dayah..chit chat jap dengan kawan Munshi. Macam biasa, semua meluahkan rasa..tiba2, member cakap, "kau tak cek result online ke" hah, aku baru teringat boleh cek online! Bila cek, kredit pulak hancuss..adoiyy.. ni yang aku geram ni. Masa PMR, kredit ada, tapi angka giliran pulak lupa. SPM, angka giliran dah ada depan mata tapi, kredit? hmm..mengucap jelah aku. Nasib baik ibu beli kad topup ! yeayy ! thanks ibu..dengan pantas aku mesej..memandangkan talian sibuk, so, dia lambat reply result aku lah !
Aku pergi sekolah dengan ibu..kenapa tak pergi dengan ayah? aku rasa aku akan lebih gemuruh bila pergi dengan ayah..on the way aku ke sekolah, otak aku kosong ! tak ada apa-apa yang nak difikirkan..aku blur sampailah bangunan sekolah terpampang depan mata.

Ibu settle kan apa2 yang patut. then, kitaorang pergilah ke dewan Munshi..ramai gila..masa aku datang tu, pengumuman result baru nak start. yes ! aku jumpa my best friends! Fatin..aku tengok makin berisi. aku ingatkan bila masuk PLKN tu, makin keding, hmm..no komen. Amun, macam biasa..steady lagi..masa aku tengah khusyuk dengar nama2 yang dipanggil ke atas pentas, tiba2 mesej masuk. Dia dah hantar result aku ! bila tengok, Adoii ! berkecai hati aku tengok result. kat situ jugak aku tangkap leleh. Kesian Amun dengan Fatin. terpaksa pujuk aku..huhu macam budak2 ! Ibu memang tak kata apa dah ! selama ni result kitaorang tiga beradik atas puncak jer. Sekarang, adik aku still ada kat puncak tapi aku? tergelincir..tergolek2 sampai ke bawah.

Aku tak berani nak balik. Macam mana nak berdepan dengan ayah? ni lagi satu masalah. Nasib aku baik, ayah tak marah2. Maybe sebab dia tengok aku kecewa habis. tu yang dia tak sampai hati tu. hmm, orang kampung, mak si dia, semua serbu telefon rumah aku..kesian ibu, kena jawab. dah lah result tak membanggakan. Tapi, aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada sesiapa yang tak putus2 bagi aku semangat. I'm really appreciate it..

Sambung belajar? haha..nanti aku sambung dalam lembaran seterusnya.ok !

27.2.14

Korean Drama My Love From The Star

Assalamualaikum..
Pergh..dah lama aku tak update kan..? Hari ni aku nak update cerita korea lagi lah ! Ala, Korea lagi.. Eh, suka hati aku ler..tak nak bace sudah. You may turn to the next blog ok ? Korang ingat tak cerita 'Queen In Hyun's Man'? Terlupa lak aku nak bagitahu korang..sebenarnya selepas jer diaorang habis pengambaran, diaorang date betul2 ! Tahu tak siapa yang aku maksudkan ni? hero n heroin cerita Queen In Hyun's Man lah ! Masa persidangan, Ji Hyun Woo cakap dia suka pada Yoo In Na tapi, In Na ni tak bagi jawapan. terkejut maybe. Satu hari tu, In Na terima Hyun Woo tapi, dia luahkan dari radio station..masa tu lah korang boleh nampak betapa malunya In Na waktu dia luahkan perasaan dia tu. Then, start tu, diaorang date ! The End !!  Korang tak caya ehk..? Try lah search nama diorang k..Ni bukan dalam cerita taw. Tha real one.

Hurm..aku nak update cerita apa ek? korang suka tak cerita 'My Love From The Star'? untuk pengetahuan korang gak, Yoo In Na yang aku sebut tadi tu pun ada berlakon dalam cerita My Love From The Star taw..Try tengok gambar2 kat bawah ni. Gambar Yoo In Na tak banyak sebab dia bukan pelakon utama..heheh..Pasangan kat bawah ni lagi sweet~~..

                                                                                                 


















Suka? Kalau tak cukup, google sendiri arr..Ok, jom!

Do Min Joon (Kim Soo Hyun)

Seorang makhluk asing yang mendarat di bumi dan terpaksa hidup di bumi selama 400 tahun dari zaman Dinasti Joseon hinggalah ke era baru. Seorang yang dingin , tidak mempunyai keluarga, kurang bergaul dengan orang even rakan sekerja sekalipun, seorang pemuda yang kaya kerana hartanya terkumpul sejak 400 tahun yang lalu, mempunyai kuasa yang luar biasa, tidak boleh berkongsi makanan dengan kerana air liur manusia boleh menyebabkan dia jatuh sakit, sangat pengemas, suka berpakaian serba hitam, Hanya mempunyai seorang kawan, Jatuh cinta dengan seorang artis yang terkenal.

Cheon Song Yi (Jun Ji Hyun)

Seorang Artis Korea yang sangat terkenal, walaupun ramai yang suka memujinya tetapi di belakang, ramai yang ingin melihat dia jatuh, kurang cerdik, suka bertindak mengikut hati tanpa memikirkan akibatnya, cantik, menjadi idaman lelaki, menjadi artis sejak muda lagi, panas baran (kadang2), Dicintai oleh seorang lelaki yang juga merupakan rakan sekolahnya dahulu, mempunyai seorang rakan karib, mempunyai masalah keluarga, merupakan bekas anak murid Do Min Joon dan jatuh cinta padanya.

Lee Hwi Kyung (Park Hae Jin)

Merupakan anak kedua Presiden S&C Group, Jatuh cinta pada Cheon Song Yi bertahun lamanya, seorang yang lurus ketika dalam pekerjaannya tetapi sangat setia apabila melibatkan hati dan perasaan dan sanggup buat apa sahaja demi Cheon Song Yi.

Yoo Se Mi (Yoo In Na)

Merupakan rakan karib Cheon Song Yi, Menyimpan perasaan terhadap Lee Hwi Kyung, merupakan pelakon tambahan tetapi menjadi pelakon utama di saat Cheon Song Yi jatuh, walaupun selama ini dia sangat setia kepada kawannya itu tetapi dalam diam dia teringin melihat rakannya jatuh daripada industri hiburan.

            Min Joon terserempak secara tidak sengaja dengan seorang pelakon terkenal, Song Yi yang baru berpindah di sebelah biliknya di dalam sebuah apartment mewah, juga merupakan anak muridnya di kolej. Tanpa mereka sedari, takdir telah mengikat mereka untuk terus bersama. Tanpa sengaja, Min Joon terlihat sekeping gambar yang mengandungi wajah Song Yi ketika muda dahulu yang seiras dengan wajah seseorang yang dia sayangi pada 400 tahun yang lalu. Min Joon juga menyedari bahawa Song Yi lah gadis yang diselamatkannya pada 12 tahun yang lalu. Ketika itu, Song Yi yang juga berharap untuk berjumpa dengan penyelamatnya dahulu tidak menyedari bahawa penyelamatnya ada di depan mata. Pada masa yang sama Min Joon mula menyukai Song Yi tetapi terpaksa memendamkan perasaannya kerana masa untuk dia terus berada di bumi hanya 3 bulan sahaja. Apabila Song Yi mula menyukainya, Min Joon berbuat pelbagai cara untuk menjauhkan diri daripada Song Yi termasuk mendedahkan identitinya sendiri. Nak tahu lagi? tengok sendiri k.. :)

MY LOVE FROM THE STAR ada 21 episode..patutnya ada 20 jer tapi tambah lagi satu sebab permintaan peminat..Enjoyyyyy!!
So. kalau korang nak tahu selanjutnya..tengok taw cerita ni.. MY LOVE FROM THE STAR.. :)
Kat sini aku tunjukkan sikit gambar2 pelakon..

                                                                                                                                   
Kim Soo Hyun       

Jun Ji Hyun

Park Hae Jin

 Yoo In Na




Kalau ada salah dan silap masa elaborate cerita ni, maaf k..hope korang enjoy !






                                   

10.1.14

KOREAN DRAMA..QUEEN IN HYUN'S MAN

Assalamualaikum..

Nampak tajuk kat atas tuh ? gila tak nampak ? nampak punyerr ! Tak nampak? haih, sah lah gila tuh ! haha.. kalau tak nampak gak, tengok gambar kat bawah ni !


Hah, nampak tak ? aku nak suggest kepada sesiapa sahaja yang tengah boring tahap gaban tuh, untuk tengok cerita ni .. tajuknya 'Queen In Hyun's Man' .. okay ! mari sini aku nak ceritakan sikit serba serbi pasal cerita ni ! Let's go !

 Cerita ini mengisahkan tentang satu pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain TETAPI ! mereka terpisah oleh ruang dan waktu..Kim Bong Do (Ji Hyun Woo) merupakan seorang lelaki berpangkat pada zaman Joseon Dynasty (1964) , seorang yang taat kepada raja, sebatang kara setelah keluarganya mati dibunuh. Pada suatu hari, Kim Bong Do mendapat sehelai talisman , tanpa diketahuinya akan menyelamatkannya daripada sebuah KEMATIAN.. pertama kalinya , ketika kematian tersebut menghampiri, talisman tersebut akan membawanya ke suatu dunia yang sangat asing dan pelik !

(2012) Choi Hae Jin (Yoo In Na) seorang artis yang tidak terkenal di mata dunia, sedang berusaha mengambil bahagian dalam filem bakal keluar , Pada masa itu jugak dia bertemu dengan kekasih lamanya, Han Dong Min (Kim Jin Woo) seorang playboy , juga seorang yang pernah memutuskan hubungan antara mereka demi sebuah kerjaya. Akhirnya, Hae Jin dan Dong Min dinobatkan sebagai pelakon utama dalam drama terbaru mereka , 'New Jang Heebin' ..

Sebelum pengambaran drama baru bermula , takdir menemukan dua insan, Bong Do dan Hae Jin apabila talisman tersebut membawa Bong Do merentasi masa hingga 2012. Pelbagai kisah menarik dan menyentuh hati berlaku sepanjang pertemuan dan perkenalan antara mereka.. !!

Hrmm, aku nak komen sikit pasal cerita ni. okay, boleh dikatakan unik and menarik. Tapi aku cuma tak puas hati dengan ending dia lah ! bagi orang lain, maybe sudah cukup tapi aku nak lebih sikit jer..korang jangan ambil serius sangat pasal komen ni.. ni aku yang punya . tapi, kalau tak menarik, tak ada maknanya aku post pasal cerita ni kat blog aku ni..KORANG TENGOK TAW ! 

Hrmm..kalau korang susah sangat nak cari cerita ni, cari jer kat DRAMA CRAZY. kalau malas nak cari kat sana, aku dah sediakan link dia ..rajin tak aku ? untuk korang taw !


Aku rasa, maybe korang nak tengok muka2 pelakon kan? hah, aku nak tunjuk kat korang ni !


Ji Hyun Woo ( Kim Bong Do )


Yoo In Na ( Choi Hae Jin )


Kim Jin Woo ( Han Dong Min )


Ga Deuk Hee ( Jo Soo Kyung )


Jin Ye Sol ( Yoon Wol )


Ni jer yang mampu aku tolong korang.. aku tahu, korang mesti malas kan ? macam aku.. hahaha. kidding.. kalau ada cerita lagu aku share dengan korang taw ! Adiosss ! :)

HAPPY NEW YEAR !!! Err..dah terlambat kerr ?

Assalamualaikum..

Seperti yang korang tengok tajuk kat atas ni.. semestinya aku nak wish..HAPPY NEW YEAR.. ! aku tahu mesti terlambat wish punyerr.. tapi aku nak jugak wish and aku tak kira.. ! Adik2 aku yaqng duaorang tuh dah balik kat asrama diaorang lah ! dan secara tak rasminya aku dah jadi anak tunggal dalam keluarga MR> Abu Bakar ! hahaha ! Hari adik2 aku balik asrama kan, aku pergi teman adik perempuan aku pergi balik asrama..memang aku sedih bila terkenangkan 5 tahun aku kat asrama ni tapi aku nak buat macam mana, memang aku dah habis belajar pun..bila dah datang kat asrama, aku bukannya nak datang tolong tapi datang termenung  ! haha yer ar, aku sengaja biarkan ayah aku pergi dengar taklimat..and aku pulak duduk at balairung aspuri..lamalah jugak aku tunggu sambil tuh aku borak jap dengan mak cik2 yang ada kat situ..bila dah habis taklimat, aku bawak barang2 adik aku masuk dom..of course ! dom lama aku! arghh  !! aku rindu katil aku ! yang aku tak puas hatinya katil aku dah ada orang yang ambil . aku baru nak bagi kat adik dom aku.

Lagi tahun lepas adik dom aku dah book katil aku. tiba dah ada orang yang ambil pulak.. To PUTRI, --> I'M SO SORRY ! And sekarang, aku BORING !! someone help me please !