27.2.14

Korean Drama My Love From The Star

Assalamualaikum..
Pergh..dah lama aku tak update kan..? Hari ni aku nak update cerita korea lagi lah ! Ala, Korea lagi.. Eh, suka hati aku ler..tak nak bace sudah. You may turn to the next blog ok ? Korang ingat tak cerita 'Queen In Hyun's Man'? Terlupa lak aku nak bagitahu korang..sebenarnya selepas jer diaorang habis pengambaran, diaorang date betul2 ! Tahu tak siapa yang aku maksudkan ni? hero n heroin cerita Queen In Hyun's Man lah ! Masa persidangan, Ji Hyun Woo cakap dia suka pada Yoo In Na tapi, In Na ni tak bagi jawapan. terkejut maybe. Satu hari tu, In Na terima Hyun Woo tapi, dia luahkan dari radio station..masa tu lah korang boleh nampak betapa malunya In Na waktu dia luahkan perasaan dia tu. Then, start tu, diaorang date ! The End !!  Korang tak caya ehk..? Try lah search nama diorang k..Ni bukan dalam cerita taw. Tha real one.

Hurm..aku nak update cerita apa ek? korang suka tak cerita 'My Love From The Star'? untuk pengetahuan korang gak, Yoo In Na yang aku sebut tadi tu pun ada berlakon dalam cerita My Love From The Star taw..Try tengok gambar2 kat bawah ni. Gambar Yoo In Na tak banyak sebab dia bukan pelakon utama..heheh..Pasangan kat bawah ni lagi sweet~~..

                                                                                                 


















Suka? Kalau tak cukup, google sendiri arr..Ok, jom!

Do Min Joon (Kim Soo Hyun)

Seorang makhluk asing yang mendarat di bumi dan terpaksa hidup di bumi selama 400 tahun dari zaman Dinasti Joseon hinggalah ke era baru. Seorang yang dingin , tidak mempunyai keluarga, kurang bergaul dengan orang even rakan sekerja sekalipun, seorang pemuda yang kaya kerana hartanya terkumpul sejak 400 tahun yang lalu, mempunyai kuasa yang luar biasa, tidak boleh berkongsi makanan dengan kerana air liur manusia boleh menyebabkan dia jatuh sakit, sangat pengemas, suka berpakaian serba hitam, Hanya mempunyai seorang kawan, Jatuh cinta dengan seorang artis yang terkenal.

Cheon Song Yi (Jun Ji Hyun)

Seorang Artis Korea yang sangat terkenal, walaupun ramai yang suka memujinya tetapi di belakang, ramai yang ingin melihat dia jatuh, kurang cerdik, suka bertindak mengikut hati tanpa memikirkan akibatnya, cantik, menjadi idaman lelaki, menjadi artis sejak muda lagi, panas baran (kadang2), Dicintai oleh seorang lelaki yang juga merupakan rakan sekolahnya dahulu, mempunyai seorang rakan karib, mempunyai masalah keluarga, merupakan bekas anak murid Do Min Joon dan jatuh cinta padanya.

Lee Hwi Kyung (Park Hae Jin)

Merupakan anak kedua Presiden S&C Group, Jatuh cinta pada Cheon Song Yi bertahun lamanya, seorang yang lurus ketika dalam pekerjaannya tetapi sangat setia apabila melibatkan hati dan perasaan dan sanggup buat apa sahaja demi Cheon Song Yi.

Yoo Se Mi (Yoo In Na)

Merupakan rakan karib Cheon Song Yi, Menyimpan perasaan terhadap Lee Hwi Kyung, merupakan pelakon tambahan tetapi menjadi pelakon utama di saat Cheon Song Yi jatuh, walaupun selama ini dia sangat setia kepada kawannya itu tetapi dalam diam dia teringin melihat rakannya jatuh daripada industri hiburan.

            Min Joon terserempak secara tidak sengaja dengan seorang pelakon terkenal, Song Yi yang baru berpindah di sebelah biliknya di dalam sebuah apartment mewah, juga merupakan anak muridnya di kolej. Tanpa mereka sedari, takdir telah mengikat mereka untuk terus bersama. Tanpa sengaja, Min Joon terlihat sekeping gambar yang mengandungi wajah Song Yi ketika muda dahulu yang seiras dengan wajah seseorang yang dia sayangi pada 400 tahun yang lalu. Min Joon juga menyedari bahawa Song Yi lah gadis yang diselamatkannya pada 12 tahun yang lalu. Ketika itu, Song Yi yang juga berharap untuk berjumpa dengan penyelamatnya dahulu tidak menyedari bahawa penyelamatnya ada di depan mata. Pada masa yang sama Min Joon mula menyukai Song Yi tetapi terpaksa memendamkan perasaannya kerana masa untuk dia terus berada di bumi hanya 3 bulan sahaja. Apabila Song Yi mula menyukainya, Min Joon berbuat pelbagai cara untuk menjauhkan diri daripada Song Yi termasuk mendedahkan identitinya sendiri. Nak tahu lagi? tengok sendiri k.. :)

MY LOVE FROM THE STAR ada 21 episode..patutnya ada 20 jer tapi tambah lagi satu sebab permintaan peminat..Enjoyyyyy!!
So. kalau korang nak tahu selanjutnya..tengok taw cerita ni.. MY LOVE FROM THE STAR.. :)
Kat sini aku tunjukkan sikit gambar2 pelakon..

                                                                                                                                   
Kim Soo Hyun       

Jun Ji Hyun

Park Hae Jin

 Yoo In Na




Kalau ada salah dan silap masa elaborate cerita ni, maaf k..hope korang enjoy !