23.10.15

Dia Mr. A (3)

Assalamualaikum..

Hari ni (23.10.2015) hari Jumaat, genaplah hubungan Dayah dengan Mr. A. Alhamdulillah. Dayah harap orang yang sama lah yang duduk atas pelamin dengan Dayah nanti ( gatallll ) hee..Dayah bersyukur sangat2 sebab Dayah still dapat teruskan hubungan nie walaupun banyak kali bertegang urat, bertempik sana sini, menangis dan..ehh, banyak lah. Kenapa macam tu pulak..? Yelah..entri sebelum nje kan nampak bahagia jee..hurm..

Ya. Dayah memang bahagia dengan dia. Memang tak normal lah kalau dalam hubungan tu tak ada nak bergaduh kan..? Kenapa Dayah bergaduh..? Hurm..tak tahu lah nak mulakan macam mana.

Okayy..jom cerita..

Sejak akhir2 nie, Dayah mula perasan Mr. A nie dah lain. Dah mula berubah. Dayah tak tahu lah perasaan Dayah je ke atau sebenarnya tak ada apa2 pun. Hurm. Kenapa aku kata dia macam tu..? Sebab sebelum2 nie, setiap malam kami akan on call, cerita apa yang masing2 buat sepanjang hati and apa2 je lah. Kalau masa siang pulak, kami selalu hantar text, chat ke pe ke. Tapi sekarang, dia dah berubah. Dia dah macam dulu. Kami dah jarang on call malam. Jarang hantar whatsapp. Dayah buntu. Dayah selalu tanya dengan diri Dayah sendiri. Apasal dengan dia nie kan..? Tak ada dapat jawapan. Bukan kami tak pernah bincangkan hal nie. Da bincang pun. Lepas bincang, keadaan kembali macam biasa. Lepas beberapa hari, terjadi semula.

Beberapa hari yang lepas, Dayah log in wechat dia. Dayah baca kat Moment dia sekaligus terbaca sekali kat komen tu. Hati Dayah sakit sangat bila tengok dia berbalas komen dengan perempuan lain atau yang lebih membara, bekas makwe dia ! Dayah terus menangis sebab Dayah sedih. Sanggup dia buat Dayah macam nie. Selama nie dia yang larang Dayah balas komen atau chat atau call dengan lelaki lain. Dayah ikut apa yang dia cakap sebab Dayah nak jaga perasaan dia. Tapi apa yang dia dah buat sekarang..? Dayah tak tahan dah dengan semua nie. Yerlah..ada laki macam tak ada laki langsung. Petang, dah nak masuk maghrib Dayah hantar mesej panjang dan yang terakhir sekali Dayah kata Dayah lepaskan dia. Then, Dayah block nombor dia. Dayah block jugak dia kat whatsapp, Dayah buang semua gambar kenangan atau moment dia pasal Dayah kat wechat dia. Dayah tukar password wechat dia sekali ( dulu, password nama Dayah ) Jangan risau, Dayah dah bagitahu password baru dia apa. Masa tu, Dayah dah tekad, nak putus, putuslah. Dayah dah tak tahan dengan semua nie.

Dalam pukul 7.45 dia cuba call Dayah tapi malangnya Dayah kan block nombor dia. Macam mana Dayah tahu dia call..? Application block number tu, kalau dia block number orang tu then dia call kita, dia memang tak dapat call kita tapi notification yang menyatakan dia call kita tu yang dapat. Hurm. Banyak kali lah jugak dia call.

Eh, penatlahh nak menaip..sambung okayy..mat malam.

21.10.15

Dia Mr. A (2)

Assalamulaikum..

Okayy, hari ni Dayah sambung cerita yang tertangguh hari tu okayy..macam mana kitaorang start hubungan kitaorang nie..? Okayy..jommm..

Untuk pengetahuan semua, sebelum nie Dayah kalau couple dengan makhluk2 Allah sebelum nie, Dayah cepat je declare couple dengan diaorang tapi berbeza dengan Mr. A nie. Dayah kawan je dengan dia. Mr. A nie adalah jugakk mintak dengan Dayah nak bawak hubungan kitaorang nie ke depan sikit tapi Dayah yang jual mahal. Dayah cakap, "kita kawan je lah dulu". Walaupun Dayah tahu apa yang Dayah buat tu mendatangkan risiko yang tinggi ( yelahh..hati nie pun da start sayangkan dia, kita main tolak je nak berhubungan dengan dia, kalau dia lari nanti tak ke naya hati aku nie..? ), Dayah tak kisah pun. Kalau betul dia sayang, dia mesti sanggup stay. kan3..? Heh.

And memang tak dinafikan lagi, hati Dayah sendiri memang dah berkenan dengan Mr. A nie. Petang 23.04.2015, Dayah buat moment "Hey Mohamad A..., will you be my prince..?" Then Mr. A nie komen, "Yes". Dayah pun apa lagi, happy lerr..malam tu, kitaorang teruskan aktiviti kitaorang (on-call), Dayah tanya dia pasal moment petang tu. Then dia jawap apa entah Dayah sendiri pun tak ingat and tak ada hati pun nak ingat. Sebab apa..? Sebab dia tak faham maksud Dayah kat moment tu...! Arghhh..aku tension ! Punya dengan ayunya aku propose dia, dia pun dah cakap ' yes', Hey, bukan calang2 perempuan taw nak propose lelaki macam aku nie !! dia boleh tak faham2 lagi..? Dayah apa lagi, merajokkk lerr...

Tapi tak ada lah merajuk sampai berhari2. Rindu lerrr..heee..malam tu jugak, 23.04.15 kitaorang declare hubungan kitaorang hee ..

Berhubungan dengan Mr. A nie sangat happy, bahagia..and you know what, my queen (of course my beloved mother) pun dah tahu siapa Mr. A nie taw..ibu memang dah berborak dengan dia dah. Mr. A nie pun macam dah ngam dengan ibu jee..ibu pun macam tak ada masalah dengan Mr. A nie. Cuma satu je masalah, ayah yang tak tahu lagi..sebab kenapa ayah tak tahu..? Sebab kekurangan Mr. A nie apabila dia MEROKOK !! Ayah memang ANTI betul dengan perokok nie. Aduhh spoil mood betol lah Mr. A nie  hurmm..dia kata, dia akan pastikan sebelum jumpa ayah, dia nak berhenti. Entah ye ke dak, huh !

Nak sambungan..? Tunggu..

19.10.15

Dia Mr. A (1)

Assalamualaikum..

Haih, lamanya Dayah tak buat entri..�� Dayah mintak maaf okayy..sebenarnya Dayah baru lepas download blogger's app kat phone. Nak bukak laptop, tak sempat..bila sempat, malas lah pulokk..hehe..

Hari ni kiter nak cerita pasal siapa yerk..? Jeng..jeng..jeng..okayy Dayah nak ceritakan pasal someone who brighted my world..ceewahh...hahah..let's begin.

Mari sini Dayah bagi nama dia, Mr. A..sedar tak sedar dah tiga semester Dayah belajar kat Uniti ni and guess what, pukul 3.00 pm karang, Dayah dah start final yang pertama then Dayah still tak tidur2 lagi sekarang nie..hehe..Whatever..okayy..okayy..back to story.

Dayah kenal Mr. A nie dekat wechat. Macam mana Dayah kenal.? Of course la daripada people nearby..hehe..gatal kau nyahh..first, ( petang kalau tak siap ) Dayah perasan ada tanda warna merah yang menandakan ada orang add Dayah ( siapa guna wechat, dia tahulah ) so, Dayah tengoklah senarai orang yang add Dayah nie ( bajet hot, daaa ) Dayah scroll, ada yang approve then ada yang tak approve ( konon, not my taste ) lepas tu, Dayah buat bodoh je la. Dah nak Maghrib, Dayah bukak lagi wechat, tengok ada orang add Dayah lagi, Dayah pun approve la.Tiba2 Dayah rasa Dayah nak tengok balik orang2 yang Dayah tak approve petang tadi. And guess what, Dayah approve jugak diaorang tuhh..huhu..tiba2 satu chat masuk. Dayah tengok profile picture dia, laahh dia rupanya (orang yang Dayah tak approve petang tapi approve maghrib )

Mr. A : Assalamualaikum, boleh kenal tak?
Me: Waalaikumussalam, In Shaa Allah, boley..

( Dayah dah lupa dialog dia, tapi yang nie lah Dayah ingat...huhu..)

Sejak daripada situ Dayah kenal dengan Mr. A nie.Dayah kawan dengan dia. Kebetulan, masa tu, Dayah ada problem (shhh..rahsia) dan Mr. A nie pulak seorang yang cheerful, Dayah pun rasa senang nak kawan dengan dia.

Mr. A ni macam mana orangnya..? ( hamboiii ) dia seorang yang bersifat terbuka, suka melawak, pandai ambil hati, pandai memujuk and semua sifat dia tu lah yang buat Dayah termelekat dengan dia.

Macam mana kitaorang start cipta satu hubungan..? Hah, tu nanti Dayah cerita okayy..kalau nak cerita jugak sekarang, dah macam mengalahkan esei bahasa melayu SPM Dayah yang dulu..hehe..

MORNIGHT, WOLRD..Assalamualaikum..