21.10.15

Dia Mr. A (2)

Assalamulaikum..

Okayy, hari ni Dayah sambung cerita yang tertangguh hari tu okayy..macam mana kitaorang start hubungan kitaorang nie..? Okayy..jommm..

Untuk pengetahuan semua, sebelum nie Dayah kalau couple dengan makhluk2 Allah sebelum nie, Dayah cepat je declare couple dengan diaorang tapi berbeza dengan Mr. A nie. Dayah kawan je dengan dia. Mr. A nie adalah jugakk mintak dengan Dayah nak bawak hubungan kitaorang nie ke depan sikit tapi Dayah yang jual mahal. Dayah cakap, "kita kawan je lah dulu". Walaupun Dayah tahu apa yang Dayah buat tu mendatangkan risiko yang tinggi ( yelahh..hati nie pun da start sayangkan dia, kita main tolak je nak berhubungan dengan dia, kalau dia lari nanti tak ke naya hati aku nie..? ), Dayah tak kisah pun. Kalau betul dia sayang, dia mesti sanggup stay. kan3..? Heh.

And memang tak dinafikan lagi, hati Dayah sendiri memang dah berkenan dengan Mr. A nie. Petang 23.04.2015, Dayah buat moment "Hey Mohamad A..., will you be my prince..?" Then Mr. A nie komen, "Yes". Dayah pun apa lagi, happy lerr..malam tu, kitaorang teruskan aktiviti kitaorang (on-call), Dayah tanya dia pasal moment petang tu. Then dia jawap apa entah Dayah sendiri pun tak ingat and tak ada hati pun nak ingat. Sebab apa..? Sebab dia tak faham maksud Dayah kat moment tu...! Arghhh..aku tension ! Punya dengan ayunya aku propose dia, dia pun dah cakap ' yes', Hey, bukan calang2 perempuan taw nak propose lelaki macam aku nie !! dia boleh tak faham2 lagi..? Dayah apa lagi, merajokkk lerr...

Tapi tak ada lah merajuk sampai berhari2. Rindu lerrr..heee..malam tu jugak, 23.04.15 kitaorang declare hubungan kitaorang hee ..

Berhubungan dengan Mr. A nie sangat happy, bahagia..and you know what, my queen (of course my beloved mother) pun dah tahu siapa Mr. A nie taw..ibu memang dah berborak dengan dia dah. Mr. A nie pun macam dah ngam dengan ibu jee..ibu pun macam tak ada masalah dengan Mr. A nie. Cuma satu je masalah, ayah yang tak tahu lagi..sebab kenapa ayah tak tahu..? Sebab kekurangan Mr. A nie apabila dia MEROKOK !! Ayah memang ANTI betul dengan perokok nie. Aduhh spoil mood betol lah Mr. A nie  hurmm..dia kata, dia akan pastikan sebelum jumpa ayah, dia nak berhenti. Entah ye ke dak, huh !

Nak sambungan..? Tunggu..

Tiada ulasan: