23.10.15

Dia Mr. A (3)

Assalamualaikum..

Hari ni (23.10.2015) hari Jumaat, genaplah hubungan Dayah dengan Mr. A. Alhamdulillah. Dayah harap orang yang sama lah yang duduk atas pelamin dengan Dayah nanti ( gatallll ) hee..Dayah bersyukur sangat2 sebab Dayah still dapat teruskan hubungan nie walaupun banyak kali bertegang urat, bertempik sana sini, menangis dan..ehh, banyak lah. Kenapa macam tu pulak..? Yelah..entri sebelum nje kan nampak bahagia jee..hurm..

Ya. Dayah memang bahagia dengan dia. Memang tak normal lah kalau dalam hubungan tu tak ada nak bergaduh kan..? Kenapa Dayah bergaduh..? Hurm..tak tahu lah nak mulakan macam mana.

Okayy..jom cerita..

Sejak akhir2 nie, Dayah mula perasan Mr. A nie dah lain. Dah mula berubah. Dayah tak tahu lah perasaan Dayah je ke atau sebenarnya tak ada apa2 pun. Hurm. Kenapa aku kata dia macam tu..? Sebab sebelum2 nie, setiap malam kami akan on call, cerita apa yang masing2 buat sepanjang hati and apa2 je lah. Kalau masa siang pulak, kami selalu hantar text, chat ke pe ke. Tapi sekarang, dia dah berubah. Dia dah macam dulu. Kami dah jarang on call malam. Jarang hantar whatsapp. Dayah buntu. Dayah selalu tanya dengan diri Dayah sendiri. Apasal dengan dia nie kan..? Tak ada dapat jawapan. Bukan kami tak pernah bincangkan hal nie. Da bincang pun. Lepas bincang, keadaan kembali macam biasa. Lepas beberapa hari, terjadi semula.

Beberapa hari yang lepas, Dayah log in wechat dia. Dayah baca kat Moment dia sekaligus terbaca sekali kat komen tu. Hati Dayah sakit sangat bila tengok dia berbalas komen dengan perempuan lain atau yang lebih membara, bekas makwe dia ! Dayah terus menangis sebab Dayah sedih. Sanggup dia buat Dayah macam nie. Selama nie dia yang larang Dayah balas komen atau chat atau call dengan lelaki lain. Dayah ikut apa yang dia cakap sebab Dayah nak jaga perasaan dia. Tapi apa yang dia dah buat sekarang..? Dayah tak tahan dah dengan semua nie. Yerlah..ada laki macam tak ada laki langsung. Petang, dah nak masuk maghrib Dayah hantar mesej panjang dan yang terakhir sekali Dayah kata Dayah lepaskan dia. Then, Dayah block nombor dia. Dayah block jugak dia kat whatsapp, Dayah buang semua gambar kenangan atau moment dia pasal Dayah kat wechat dia. Dayah tukar password wechat dia sekali ( dulu, password nama Dayah ) Jangan risau, Dayah dah bagitahu password baru dia apa. Masa tu, Dayah dah tekad, nak putus, putuslah. Dayah dah tak tahan dengan semua nie.

Dalam pukul 7.45 dia cuba call Dayah tapi malangnya Dayah kan block nombor dia. Macam mana Dayah tahu dia call..? Application block number tu, kalau dia block number orang tu then dia call kita, dia memang tak dapat call kita tapi notification yang menyatakan dia call kita tu yang dapat. Hurm. Banyak kali lah jugak dia call.

Eh, penatlahh nak menaip..sambung okayy..mat malam.