10.1.14

KOREAN DRAMA..QUEEN IN HYUN'S MAN

Assalamualaikum..

Nampak tajuk kat atas tuh ? gila tak nampak ? nampak punyerr ! Tak nampak? haih, sah lah gila tuh ! haha.. kalau tak nampak gak, tengok gambar kat bawah ni !


Hah, nampak tak ? aku nak suggest kepada sesiapa sahaja yang tengah boring tahap gaban tuh, untuk tengok cerita ni .. tajuknya 'Queen In Hyun's Man' .. okay ! mari sini aku nak ceritakan sikit serba serbi pasal cerita ni ! Let's go !

 Cerita ini mengisahkan tentang satu pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain TETAPI ! mereka terpisah oleh ruang dan waktu..Kim Bong Do (Ji Hyun Woo) merupakan seorang lelaki berpangkat pada zaman Joseon Dynasty (1964) , seorang yang taat kepada raja, sebatang kara setelah keluarganya mati dibunuh. Pada suatu hari, Kim Bong Do mendapat sehelai talisman , tanpa diketahuinya akan menyelamatkannya daripada sebuah KEMATIAN.. pertama kalinya , ketika kematian tersebut menghampiri, talisman tersebut akan membawanya ke suatu dunia yang sangat asing dan pelik !

(2012) Choi Hae Jin (Yoo In Na) seorang artis yang tidak terkenal di mata dunia, sedang berusaha mengambil bahagian dalam filem bakal keluar , Pada masa itu jugak dia bertemu dengan kekasih lamanya, Han Dong Min (Kim Jin Woo) seorang playboy , juga seorang yang pernah memutuskan hubungan antara mereka demi sebuah kerjaya. Akhirnya, Hae Jin dan Dong Min dinobatkan sebagai pelakon utama dalam drama terbaru mereka , 'New Jang Heebin' ..

Sebelum pengambaran drama baru bermula , takdir menemukan dua insan, Bong Do dan Hae Jin apabila talisman tersebut membawa Bong Do merentasi masa hingga 2012. Pelbagai kisah menarik dan menyentuh hati berlaku sepanjang pertemuan dan perkenalan antara mereka.. !!

Hrmm, aku nak komen sikit pasal cerita ni. okay, boleh dikatakan unik and menarik. Tapi aku cuma tak puas hati dengan ending dia lah ! bagi orang lain, maybe sudah cukup tapi aku nak lebih sikit jer..korang jangan ambil serius sangat pasal komen ni.. ni aku yang punya . tapi, kalau tak menarik, tak ada maknanya aku post pasal cerita ni kat blog aku ni..KORANG TENGOK TAW ! 

Hrmm..kalau korang susah sangat nak cari cerita ni, cari jer kat DRAMA CRAZY. kalau malas nak cari kat sana, aku dah sediakan link dia ..rajin tak aku ? untuk korang taw !


Aku rasa, maybe korang nak tengok muka2 pelakon kan? hah, aku nak tunjuk kat korang ni !


Ji Hyun Woo ( Kim Bong Do )


Yoo In Na ( Choi Hae Jin )


Kim Jin Woo ( Han Dong Min )


Ga Deuk Hee ( Jo Soo Kyung )


Jin Ye Sol ( Yoon Wol )


Ni jer yang mampu aku tolong korang.. aku tahu, korang mesti malas kan ? macam aku.. hahaha. kidding.. kalau ada cerita lagu aku share dengan korang taw ! Adiosss ! :)

Tiada ulasan: