22.6.14

UNITI

Assalamualaikum..

Wahhh ! hampir dua bulan Dayah tak blogging kan? k. Kiter mintak maaf k?

Hari ni, Dayah nak cerita pasal apa lagi? pasal UNITI lah ! haha

Banyak dan macam-macam yang Dayah lalui kat sana. Tak sangka, masuk hari ni, Dayah dah belajar kat sana selama 2 bulan 14 hari..heehehe..tak sangka..sungguh ku tak sangka..:) Buat pengetahuan korang semua, masuk hari ni, Dayah berada kat rumah selama seminggu ! ( Amboi, dah nak habis seminggu baru nak blogging yerk ! ) huhu.. okay, kiter salah !

Cuti macam mana sekalioun, assignment tetap ada dowhh ! haha penat nak menaip setiap malam. Lagi beberapa hari lagi seluruh umat Islam nak menyambut Ramadhan..haha..first day, sambut pulak kat UNITI..huhu..masaklah kau, Dayah ! haha.. tak sabar sebenarnya. Dayah rasa, Dayah lagi suka duduk kolej sana berbanding dengan Munshi..Adoi, TERlupa daratan pulak yerk ..hehehe..tapi memang serius, Dayah tak tipu. Cuma, memandangkan pembelajaran Dayah tak dapat mana2 tajaan, so duit poket of course lah ayah yang bagi. Hmm..apa lagi? makanan bercatulah nampaknya..tak pe, tak kisah..boleh kurus..hahaha..

Kalau dulu, kat Munshi, kita tak bergaul sangat dengan students lelaki kan? sekarang?? hohoho..kejutan budaya kau, nyah ! salah satu peraturan dia, kita kena masuk ke dalam rumah sebelum pukul 11 malam..korang bayangkan, kalau kita tak ada kelas satu hari tu, agak-agak korang lah kan, apa korang nak buat? haha..apa lagi? keluar lah ! Buat masa ni, selalu jugaklah kitaorang keluar pergi bandar sana. saje nak merendek ! mandi pantai sama2, makan KFC, MacD..eh, macam2 lah yang kitaorang buat sama2..kitaorang satu rumah lah ! Kalau malas nak pergi sana naik bas, sewa kereta pensyarah lah ! Time ni lah aku nak cium2 jer pensyarah tu. Tapi, bila diaorang bagi assignment, rasa nak tumbuk2 muka diaorang pulak.. hahaha..

Eh, masa tak mengizinkan kita lah ! nanti kita cerita balik yerkkk..!  adiooosss !!

Love you..*tutup muka*

Tiada ulasan: