Assalamualaikum..
Wah..pagi2 lagi aku dah mengadap lappy kan? molek sungguh perangai Nur Hidayah ni..
Hari ni aku nak share dengan korang pasal sambung belajar.
Alhamdulillah, ada jugak yang nak terima aku ni..dah lah keputusan macam tu, ada hati nak sambung belajar.huhu. Secara rasminya saya mengumumkan saya akan buat Diploma Pengurusan Halal bermula 8/4/2014 di Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI). Ramai yang tanya, "kenapa awal sangat, Dayah?" hah, mai sini aku jawab. Dah kata UNITI ni IPTS. Memanglah masuknya pun suka hati. Tak semestinya, masuk UNITI ni terus belajar. Ada orentasi dulu..bila dah cukup satu kelas, baru boleh mula kelas. Aku masuk awal sebab aku memang nak masuk intake yang pertama. Kawan ibu aku sendiri cakap, ramai budak course aku, nak2 lak daripada Kelantan turun Melaka yang masuk intake pertama. So, daripada situ, aku tahulah tak adalah lama sangat orentasi nanti sebab budak course aku ramai, cepatlah kelas start ! :)
Perasaan? Gembira..sebab aku still boleh belajar lagi ! bila duduk rumah lama sangat, baru teringat nikmat belajar sebenarnya. Mungkin adik2 tak percaya apa yang akak cakap ni tapi, memang tu lah yang jadi sekarang. Yang tak percayanya, aku masuk ASRAMA balik! tiga tahun kot. Tapi, aku tahu, asrama kolej dengan asrama sekolah lain. Hmm..apa yang lainnya, nanti aku cerita. Kena tunggu aku masuk sanalah. Yang pasti aku akan selalu update blog ! sana ada wifi.. huhu..Dayah..Dayah.
Baju tak packing lagi..hmm..siapa lah yang tak kenal Nur Hidayah. Suka sangat tangguhkan kerja. Bila kena marah, mulalah nak muncung sana sini..mogok seminggu.. adoiyai..Hari ni hari Isnin. Minggu ni lastlah aku kat rumah. Hmm..tak pe..cepat aku masuk, cepatlah aku habis.. Betul tak?
P/S: Aku ingat aku nak ubah kata ganti nama diri lah pulak. Asyik 'aku' jer..bosan ! Lepas ni, 'Dayah' lah pulak..baru ayu...haha..LOL. Berkuatkuasa pada hari pertama aku di kolej..ececehhhh..s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan