6.1.13

Masuk sekolah 2013

Assalamualaikum..

Uit, rindunyerrr!!!! (ehem, jaga adab!) okay..
Sempena tahun baru ni, mestilah ada azam baru kan? Sebenarnya aku ada banyak azam tuk tahun ni tapi memandangkan azam tahun lepas tak tercapai, so aku tak naklah kongsi azam aku tahun ni dalam blog ni. Buat malu aku jer! Azam cam yeye tapi haram tak menjadi (wah~ macam putus harapan jer) eh, mana ada! Fitnah! heeehee~

Tak naklah cerita pasal ni, jom kita cerita pasal sekolah lah pulak! (ceh, excited!)
hari pertama masuk asrama, haha.. macam tak ada makna jer..pergi sana pukul 11 lebih. Pastu, dengar taklimat pengetua and then..nothing! just berborak dengan kengkawan and kemas barang dalam loker. Hari pertama sekolah, dapat tahu surau sekolah dalam pembinaan so kalau kitaorang nak sembahyang atau baca yassain hari jumaat kitaorang terpaksa guna 3 dewan sekolah ang 2 dewan terbuka. :) memang padat sebab ramai sangat bebuaknya..:(.. Hari pertama sekolah dah ada banyak homework..grr..memang tak cukup tidur aku dibuatnya tahu tak! (sabar Dayah, ingat SPM!) okay..fuhh.. ingat lagi, khamis malam jumaat minggu pertama sekolah aku terpaksa bersengkang mata sampai pukul 3.00 pagi sebab nak siapkan homework tu lah! nasib baik kawan aku yang sudi temankan aku malam tu (Ala, dia pun tak siap jugak!) hurmm.. tak pasal2 aku terlentok kat dalam kelas. Nasib baik hari jumaat kalau hari Isnin? boleh mati aku kalau macam tu..

Eh, aku ni suka membebel kan? (peduli apa aku!) tapi sekarang dah pukul 2.22 pagi..orang lain membongkang aku menatap lappy ni..esok pagi, orang lain dah mula buat kerja aku pulak yang membongkang! haha.. Hah, esok aku balik asrama..hee..maknanya kita akan jumpa lagi 3 minggulah nampaknya..sekarang ni aku dah tak kisah dapat balik rumah ker tidak sebab aku tahu tahun ni last buat aku..(tak sedeh pun!) hurmm..okay arr aku tengah tengok Running Man ni ..Nickhun (2PM) ada!! heee. bye!

Tiada ulasan: